Thursday, July 24, 2008

terjemahan kitab

: Manusia dan Kebenaran :

bertanya anak murid ( orang muda ) kepada ustaz ( orang tua ) :

"Selama ini kau telah mengajarkan kami tentang 'kebenaran', dan kau telah menanam cinta kami untuk hidup mempertahankan kebenaran. Seperti kau mendorong kami untuk mati di jalannya. Akan tetapi, kau telah beritahu kami tentang fokus kefahaman kalimat itu ialah perkara yg hendaklah didahulukan pada semua perbuatan dan gerakan. Sehingga kami jelas pada matlamat, dan kami tidak terpesong dari jalan. Jadi, apakah kefahaman dan fokus tentang kalimah kebenaran itu ?"

maka jawab ustaz pendidik itu - dengan meraikan murid2 nya:
" Bagus anakku pada apa yg kau ingin ketahui, sesungguhnya kalimah 'kebenaran' itu sikit sahaja hurufnya ( الحق ). Akan tetapi sangat luas maksudnya!
  • para filosof menggunakannya dalam memberi makna 3 kalimat tertinggi iaitu: kebenaran, kebaikan dan keindahan.
  • pendita2 akhlak pula menggunkananya pada apa yg menghubungkan sesama manusia. Iaitu apa yg perlu diterima. Seperti berkata : semua kebenaran itu hendaklah diterima.
  • ahli undang2 pula menggunakannya pada maksud yg lain. Iaitu meliputi hak sesuatu dan hak kemanusiaan. Sehinggakan pembelajaran undang2 pada setiap cabang2nya dinamakan subjek hak asasi.
  • Al-Quran pula menggariskan bahawa al haq itu ialah apa yg berlawanan dengan kebatilan dan kesesatan. Allah berfirman : [ maka apa2 yg selain hak itu adalah kesesatan ].
berkata anak murid : kami menyangka bahawa kami telah memahami maksud akhir bagi kalimah itu selama ini. Maka setiap manusia perlu berusaha untuk berhubung dengannya (al-haq). Walaupun belum menjadi ahlinya dan bebas daripada lawannya iaitu kebatilan. Walaupun pada realitinya adalah pembantu dan pendokongnya.

Wednesday, July 23, 2008

mukaddimah

sedar tidak bererti kau jaga,
tidur tidak bererti kau lena,
lena tidak semestinya kau rehat,
lena panjang mengundang lupa,
rehat panjang mengundang malas,
tidak rehat manjemput sakit,
rehat ketika tidak sakit itu tipu,